2 direman 4 hari berhubung projek mukim Ijok

0
18


Perintah reman itu dikeluarkan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek itu sehingga 9 April ini.

Perintah reman itu dikeluarkan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek itu sehingga 9 April ini.

PUTRAJAYA: Dua lelaki disyaki menerima rasuah berhubung Jawatakuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama di bawah Projek Rancangan Revolusi Hijau II & III Bukit Cherakah direman 4 hari bermula hari ini.

Kedua-dua mereka merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok masing-masing berusia 75 dan 66 tahun.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Atiqah Abu Hasan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek itu sehingga 9 April ini.

Kedua-dua individu itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Menurut sumber SPRM, mereka disyaki menerima suapan daripada syarikat perunding pampasan sebagai balasan untuk tidak melindungi kepentingan peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok.

Sebelum ini, 7 individu termasuk 3 lelaki bergelar “Datuk” direman bagi membantu siasatan SPRM berkaitan kes berkenaan.